Tuesday, 2 September 2014

Perbezaan Antara MRTA dan Plan Takaful


Salam,

Pinjaman seperti perumahan, kereta, peribadi adalah merupakan satu liabiliti atau beban. Itulah adalah sebab mengapa peminjam diwajibkan mendapatsatu tabung perlindungan untuk melindungi jumlah pinjaman seperti MRTA untuk pinjaman perumahan.

Tujuan utama MRTA ialah:

  • Sekiranya peminjam meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal, maka tabung MRTA boleh menolong membereskan pinjaman tersebut.
  • Ini membolehkan keluarga peminjam tidak hilang rumah kerana bank akan menarik balik rumah dan menglelongkan rumah anda sekiranya peminjam tidak mampu untuk membayar ansuran perumahannya.
Cuba kita tinjau apakah perbezaan MRTA dengan PLAN TAKAFUL:

Saya selalu membuat satu perumpamaan antara MRTA dan PLAN TAKAFUL perumpamaan yang saya maksudkan ialah:

                             POLISI TAKAFUL        VS                 MRTA
               


Jika anda kereta manakah yang anda mahu miliki??? Semestinya BMW jadi mengapa anda ingin memiliki kereta mewah??? Tidak dinafikan kereta mewah mempunyai banyak kebaikan antaranya tahap keselamatannya sangat bagus, keselesaan di dalam kenderaan lebih selesa dan sebagainya.

Ketika anda memliki sebuah rumah mengapa anda tidak mahu memiliki satu plan takaful untuk melindung pinjaman perumahan anda??? Plan takaful mempunyai manfaat yang jauh lebih baik dari MRTA. Yang lebih menyeronokkan tabung perlindungan anda di dalam polisi takaful adalah kekal walaupun anda telah membayar habis pinjaman perumahan anda dan iannya boleh menjadi satu aset bagi anda. Bukankah ini satu plan yang sangat baik?? Jadi buatlah satu keputusan yang berbaloi bagi anda kerana anda memperoleh satu tabung secara tidak langsung untuk anak-anak anda jika anda meninggal dunia.


SEKIAN TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment