Thursday, 24 July 2014

Kepentingan Polisi Takaful Komperhensif

 Salam,

Saya percaya kita terdedah kepada masalah risiko persekitaran dan saya juga begitu yakin bahawa anda faham mengenai betapa pentingnya perancangan takaful sebagai perancangan kewangan. Jika kita lihat peratusan yang tinggi dikalangan masyarakat hari ini yang masih tidak mengetahui bagaimana cara membuat perlindungan keastas aset atau harta yang mereka miliki.

Masalah kesihatan meupakan masalah yang meruncingkan pada hari ini dimana masalah ini bukan sahaja akan membuatkan seseorang itu perlu berhenti bekerja dan hilang sumber pendapatan, malah juga akan membawa kepada kehilangan aset-aset mereka dalam sekelip mata sahaja.

Adakah anda telah memiliki satu polisi takaful yang koperhensif?. Apakah yang dimaksudkan polisi takaful koperhensif?. Satu polisi takaful komperhensif sememangnya mempunyai manfaat utama iaitu:
  1. Manfaat kematian/ kecacatan kekal (basic sum assured)
  2. Tabung penyakit kritikal (peringkat awal dan peringkat kritikal)
  3. Kad kemasukan hospital (akibat kemalangan atau penyakit)
  4. Manfaat kemalangan
Adakah anda sedar bahawa??
  • Nyawa anda dan keluarga anda dapat diselamatkan sekiranya rawatan hospital dapat disegerakan sekiranya mempunyai wang dari polisi takaful yang komperhensif??
  • Kos perubatan semakin meningkat dan anda tidak mampu membayarnya??
  • Kanser, sakit jantung, penyakit buah pinggang dan kemalangan ngeri memerlukan kos perubatan yang tinggi??
  • Hospital kerajaan tidak mampu menanggung pesakit yang ramai, hospital swasta adalah pilihan kita??
  • Jika anda sanggup berbelanja untuk membayar insurans kereta dan maintainance, mengapa anda tidak sanggup mengenepikan sejumlah kecil wang caruman takaful untuk kepentingan perubatan hospital??
1. Manfaat kematian/ kecacatan kekal ini bertujuan sebagai penggantian pendapatan dan satu tabung akan ditubuhkan dengan serta merta dari tarikh polisi dikuatkuasakan.

2. Tabung penyakit kritika (peringkat awal dan peringkat kritikalberfungsi sebagai memberi tabung kepada anda antaranya:
  • Untuk mendapatkan rawatan lanjutan seperti kemotherapi (kanser) ataupun fisiotherapi (strok)
  • Untuk menanggung kos tambahan untuk makanan produk kesihatan atau makanan organik
  • Untuk membiayai kos jagaan dari pembantu rumah (maid) terutama untuk pesakit strok
  • Untuk menanggung kos perbelanjaan sekiranya pesakit terpaksa berhenti kerja atau memohon cuti sakit.
Untuk pengetahuan anda 1 stasistik mengatakan 1 daripada 4 rakyat Malaysia dijangka akan didiagnosis dengan penyakit kanser didalam kehidupannya. Sekurang-sekurangnya 3 kanak-kanak telah didiagnosis dengan kanser setiap hari di Malaysia dan 6 rakyat Malaysia menderita dengan penyakit strok setiap jam tidak terlepas juga 1 daripada 6 wanita dijangka didiagnosis dengan kanser payudara.


3. Kad kemasukan hospital pula berfungsi untuk menaggung perbelanjaan kemasukan hospital seperti:
  • Bilik dan penginapan hospital (room and board)
  • Bekalan dan khidmat hospital
  • Bayaran pembedahan
  • Rundingan pakar sebelum kemasukan hospital (tidak termasuk ubat, tempoh 60 hari sebelum kemasukan)
  • Rawatan selepas kemasukan hospital (tempoh 90 hari selepas kemasukan)
4. Manfaat kemalangan bertujuan memberi manfaat seperti:
  • Kematian/  kecacatan yang disebabkan oleh kemalangan
  • Bil rawatan dari hospital atau klinik akibat daripada suatu kemalangan
  • Pampasan untuk kehilangan bahagian tertentu anggota badan seperti jari, tangan, mata dan sebagainya
  • Pampasan akibat cuti sakit (minima cuti sakit 1 minggu keatas)

Jika kita sanggup menghabiskan ribuan RINGGIT untuk menaiktarafkan kehidupan dari segi rumah, kenderaan dan gaya hidup bagaimana pula dengan perlindungan TAKAFUL? Adakah anda sudah dinaiktaraf?

Nasihat saya lakukanlah satu perancangan sebelumt erlambat. Adakah anda masih ingat kisah Puan Azean yang berlaku pada tahun 2007 lalu. Ada yang sanggup meminta derma daripada orang awam tetapi persoalan saya bolehkan anda bergantung kepada belas ikhsan orang ramai? Jika kita lihat segolongan ini sanggup menjual harta untuk menampung kos rawatan . Pernahkah anda terfikir relakah anda menjual harta yang anda miliki hasil titik peluh anda hilang begitu sahaja?

Setiap manusia ada tanggungjawab mereka iaitu tanggujawab terhadap diri sendiri. Pada kebiasaannya mereka berkata "saya seorang yang bertanggungjawab"tetapi malangnya tidak 100% mereka bertanggungjawab kerana kebiasaanya mereka hanya bertanggungjawab kepada keluarga tetapi tidak bagi diri mereka.
sekian terima kasih

Thursday, 17 July 2014

Potensi Keusahawanan Takaful

Salam,

Tidak dapat kita menafikan bahawa kebanyakkan orang kaya pada zaman ini menceburi bidang kesuahawanan. Kerana mereka yakin dengan keusahawanan boleh memberikan mereka kebebasan masa dan kewangan dengan adanya matlamat itu membuatkan mereka tidak akan menceburi bidang makan gaji ataupun berkerja untuk orang lain.

Pada zaman ini saya yakin bahawa ada golongan yang gemar akan bidang keusahawanan tetapi mereka takut dan mereka akui jika ingin memulakan keushawanan memerlukan kos yang tinggi/banyak. Ada juga antara mereka tidak tahu cara ingin memulakan keusahawanan jika diberi satu peluang keemasan kepada mereka.

Saya yakin bahawa ada golongan yang ingin memulakan keusahawanan tetapi tiada ilmu ataupun tunjuk ajar ini membuatkan mereka tidak yakin diri mereka sekaligus tidak akan memasuki bidang keusahawanan.
Adakah anda pernah mendengar satu akademi yang bernama  TKF ACADEMY ?. Satu akademi yang melatih konsultan pengurusan risiko dan usahawan takaful dan di akademi ini mempunyai silibus keusahawanan takaful yang terunggul dan mempunyai model keusahawanan yang untuh untuk melatih usahawan takaful. Mereka menawarkan kursus mereka secara percuma.

Pernahkah anda mendengar keusahawanan takaful ?. Satu bidang yang khas untuk orang melayu dan objektif utama keusahawanan takaful ialah menjana pendapatan pasif. Jikalau golongan orang melayu tidak menceburi bidang keusahawanan takaful. Siapa lagi sedangkan keusahawanan ini khas untuk orang melayu ?. Satu keusahawanan yang tidak memerlukan modal dan adanya TKF ACADEMY mereka menawarkan kursus secara percuma, diajar oleh guru  yang berpengalaman dalam bidang ini dan keusahawanan ini satu bidang yang boleh mengubah hidup anda. Bukankah ini perluang terbaik anda ?.

Seorang konsultan takaful pada mulanya mereka berada didalam golongan bekerja sendiri dan seorang konsultan takaful boleh menjadi usahawan takaful dengan tempoh yang paling singkat selama 2 tahun.

Syarat-syarat konsultan menjadi seorang usahawan takaful  ialah :
  1. Membuat jumlah jualan sebanyak RM 50,000 dan 24 polisi setahun dan mereka perlu membuka 3 cawangan/konsultan dan ketiga-tiga konsultan mereka perli membuat jumlah jualan sebanyak RM12,000 serta 6 polisi setahun.
  2. Setelah berjaya pada tahun pertama mereka perlu memenuhi syarat pada tahun kedua iaitu memperoleh jumlah jualan sebanyak RM75,000 dan 24 polisi setahun. Meraka perlu membuka 3 cawangan/konsultan lagi dan bagi 2 konsultan mereka harus memperoleh jumlah jualan sebanyak RM24,000 dan 12 polisi setahun dan 4 lagi konsultan mereka harus membuat jumlah jualan sebanyak RM12,000 dan 6 polisi setahun.
Jika seorang itu telah memenuhi syarat pada kedua-dua tahun tersebut maka seorang konsultan tersebut diiktiraf sebagai usahawan takaful.

Nasihat saya ambilah peluang keemasan ini untuk berjaya dalam hidup kerana saya yakin jika anda menceburi bidang ini pasti akan berjaya dengan memulakan langkah pertama memasuki TKF ACADEMY. Saya menganggapkan keusahawanan ini adalah "skim pasti kaya" pada kebiasaan yang kita sering dengar "skim cepat kaya" bagi saya didunia ini tiada kerjayaan tanpa usaha. Kejarlah impian anda jangan biarkan iannya menjadi angan-angan sahaja.

Sekian Terima Kasih.

Wednesday, 9 July 2014

Perbezaan antara agen takaful biasa dengan konsultan pengurusan risiko

Seperti yang anda semua tahu masyarakat sangat gerun  dengan panggilan agen insurans ataupun agen takaful kerana mereka hanya berhasrat untuk menjual produk sahaja ini menyebabkan masyarakat masa kini tidak begitu selesa dengan agen takaful. Jika dibandingkan dengan konsultan pengurusan risiko sangatlah berbeza kerana mereka berfungsi sebagai penasihat dalam pengurusan risiko.


























Pada kebiasaannya agen takaful akan menumpukan hasil jualan produk daripada keperluan pelanggan. Ini kerena mereka hanya diajar untuk menjual produk. Sebagai konsultan pengurusan risiko mereka akan memberikan informasi dan kesedaran kepada pelanggan mereka tentang risiko yang dimiliki. Supaya pelanggan mereka akan mempunyai kesedaran untuk melindungi diri mereka. Pelbagai cara seorang konsultan memberi informasi kepada pelangan mereka contohnya email,video dan sebagainya.


Dengan mengunakan cara yang agresif untuk mendapatkan pelanggan membuatkan masyarakat zaman ini tidak selesa dan membuat mereka enggan membenarkan seorang agen takaful membuat satu temujanji dengan mereka kerana jika mereka menghadiri temujanji itu sudah semestinya mereka terpaksa membeli satu produk walaupun pelanggan itu tidak memerlukan produk tersebut. Bagi seorang konsultan pengurusan risiko mereka akan membuat temujanji dan menawarkan penilaian risiko secara percuma. Ini membuat pelanggan ingin tahu apakah yang dimaksudkan penilaian risiko tersebut. Kebiasaannya mereka akan membenarkan konsultan tersebut berjumpa dengan mereka. Semasa penilaian tersebut konsultan tidak menyebut tentang produk takaful dan ini membuatkan pelanggan tersebut lebih selesa atas kedatangan konsultan itu.


Seorang agen takaful tidak mempunyai kepakaran dalam pengurusan risiko dan ini akan membuat pelanggan tidak ini berjumapa dengan agen takaful kerana mereka melihat semua agen takaful adalah sama matlamat mereka hanya menjual produk. Jika mereka mendapat panggilan daripada konsultan pengurusan risiko berkemungkinan mereka ini berjumpa dengan konsultan tersebut kerana mereka ingin tahu apakah yang dimaksudkan konsultan pengurusan risko. Mereka sememangnya tahu jika seorang konsultan itu mesti mempunyai kepakaran mereka. Seorang konsultan menghadiri  temujanji sememangnya mereka menunjukkan kepakaran mereka dalam pengurusan risiko dan ini membuat seorang pelanggan tidak gerun jika mendapat panggilan daripada konsultan pengurusan risiko.


Pada zaman ini terdapat banyak agen daripada pelbagai syarikat dan ini menunjukkan daya sainggan sangat tinggi membuatkan mereka sanggup memburukan produk syarikat lain untuk mendapatkan pelanggan.Yang amat ketara sikap agen yang gemar mengagungkan produk mereka. Ayat mereka yang selalu kita dengari "belilah encik produk dari syarikat saya bagus.produk yang encik ada itu tidak lengkap dan tak bagus.matikan sahajalah polisi encik itu lagipun polisi encik dah lama". Jika seorang konsultan pengurusan risiko mereka hanya akan membantu pelanggan mereka mencari penyelesaian masalah ataupun risiko pelanggan mereka supaya pelanggan tersebut dapat meringankan beban mereka.


Nasihat saya janganlah anda gerun jika mendapat panggilan daripada konsultan pengurusan risiko kerana mereka bukan juru-jual yang ingin menjual sesebuah produk. Mereka mempunyai satu penilaian yang unik dan sangat berguna untuk anda. Jika anda mendapat panggilan daipada konsultan pengurusan risiko terutamanya dari TKF ACADEMY seharusnya anda membenarkan mereka berjumpa dengan anda kerana semasa penilaian risiko dijalankan tiada perbicangan produk takaful melainkan jika ada keperluan.

Sekian terima kasih   





Friday, 4 July 2014

Cara hidup masyarakat Malaysia

Ramai dikalangan masyarakat kita melalui perjalanan hidup yang hampir sama. Kebiasaannya seorang remaja tamat persekolahan akan melanjutkan pelajaran dan memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN). Ini menunjukkan  perjalanan hidup mereka akan bermula dengan hutang yang banyak.



Mereka beranggapan jika mempunyai segulung sijil akan menjamin hidup pada masa depan dan mereka yakin selepas tamat pengajian mereka akan mendapat kerja yang setimpal dengan kelayakan mereka tetapi  malangnya keadaan adalah sebaliknya. Pada kebiasaannya mereka akan mendapat kerja biasa setaraf dengan pelajar lepas Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).


Pada  kebiasaannya, mereka akan membeli sebuah kereta dan membuatnya sebagai pengangkutan mereka ketempat kerja. Ini sudah semestinya menyebabkan mereka membuat pinjaman kereta kerana mereka tidak mampu untuk membeli secara tunai dengan kerja-kerja biasa dan gaji yang rendah. Matlamat seterusnya ialah berumahtangga dan semestinya mereka ini tidak mempunyai  kemampuan kerana kos untuk menjalankan satu perkahwinan masa kini agak tinggi. Akibatnya mereka memilih satu jalan dengan membuat pinjaman peribadi.


Selepas berkahwin mereka cuba untuk memiliki sebuah rumah dan sememangnya agak sukar bagi mereka untuk memilikinya kerana harga sebuah rumah sangat tinggi, contohnya dikajang sebuah rumah adalah RM500k keatas. Jika lihat angka tersebut  maka amat jelas mereka tidak mampu dengan pendapatan yang sedikit itu. Ini membuatkan mereka berdekad untuk membuat pinjaman perumahan. Apabila mereka membuat pinjaman perumahan, maka mereka sekali lagi menambah hutang mereka. 

Selain daripada itu, didapati ramai yang ingin menghias rumah mereka dengan perabot- perabot cantik dan mereka membeli  secara ansuran dan ini menyebabkan hutang mereka semakin hari semakin meningkat. 


Ramai dikalangan masyarakat kita tidak sedar bahawa mereka mempunyai hutang yang banyak dan mereka tidak terfikir jika musibah seperti kematian berlaku kepada mereka, apa akan terjadi kepada hutang-hutang mereka.

Kepada anda yang mempunyai banyak pinjaman dan hutang, pernahkah anda terfikir jika anda meninggal semalam apa akan terjadi kepada keluarga anda? Adakah anda ingin rumah anda dilelong atau kereta anda di tarik balik?  Mahukah anda melihat keluarga anda sengsara setelah pemergian anda?

Pernahkah anda mendengar penilaian aset&liabiliti? Penilaian aset&liabiliti adalah satu penilaian yang boleh menolong anda memahami:

1) kedudukan kewangan.
2) memahami kedudukan liabiliti.
3) memahami kedudukan tabung kecemasan dalam bentuk tunai.
Ini membolehkan anda mengetahui tahap risiko anda dan seterusnya membuat perancangan untuk menandinginya. 


Ramai yang telah mendapat faedah hasil daripada penilaian ini. Kepada anda yang berminat hubungilah saya untuk penilaian percuma ini
email: fatehshah234@yahoo.com
handfhone:0133648099
facebook: Shah Tkf
website: www.takafulakademi.com