Thursday, 24 July 2014

Kepentingan Polisi Takaful Komperhensif

 Salam,

Saya percaya kita terdedah kepada masalah risiko persekitaran dan saya juga begitu yakin bahawa anda faham mengenai betapa pentingnya perancangan takaful sebagai perancangan kewangan. Jika kita lihat peratusan yang tinggi dikalangan masyarakat hari ini yang masih tidak mengetahui bagaimana cara membuat perlindungan keastas aset atau harta yang mereka miliki.

Masalah kesihatan meupakan masalah yang meruncingkan pada hari ini dimana masalah ini bukan sahaja akan membuatkan seseorang itu perlu berhenti bekerja dan hilang sumber pendapatan, malah juga akan membawa kepada kehilangan aset-aset mereka dalam sekelip mata sahaja.

Adakah anda telah memiliki satu polisi takaful yang koperhensif?. Apakah yang dimaksudkan polisi takaful koperhensif?. Satu polisi takaful komperhensif sememangnya mempunyai manfaat utama iaitu:
  1. Manfaat kematian/ kecacatan kekal (basic sum assured)
  2. Tabung penyakit kritikal (peringkat awal dan peringkat kritikal)
  3. Kad kemasukan hospital (akibat kemalangan atau penyakit)
  4. Manfaat kemalangan
Adakah anda sedar bahawa??
  • Nyawa anda dan keluarga anda dapat diselamatkan sekiranya rawatan hospital dapat disegerakan sekiranya mempunyai wang dari polisi takaful yang komperhensif??
  • Kos perubatan semakin meningkat dan anda tidak mampu membayarnya??
  • Kanser, sakit jantung, penyakit buah pinggang dan kemalangan ngeri memerlukan kos perubatan yang tinggi??
  • Hospital kerajaan tidak mampu menanggung pesakit yang ramai, hospital swasta adalah pilihan kita??
  • Jika anda sanggup berbelanja untuk membayar insurans kereta dan maintainance, mengapa anda tidak sanggup mengenepikan sejumlah kecil wang caruman takaful untuk kepentingan perubatan hospital??
1. Manfaat kematian/ kecacatan kekal ini bertujuan sebagai penggantian pendapatan dan satu tabung akan ditubuhkan dengan serta merta dari tarikh polisi dikuatkuasakan.

2. Tabung penyakit kritika (peringkat awal dan peringkat kritikalberfungsi sebagai memberi tabung kepada anda antaranya:
  • Untuk mendapatkan rawatan lanjutan seperti kemotherapi (kanser) ataupun fisiotherapi (strok)
  • Untuk menanggung kos tambahan untuk makanan produk kesihatan atau makanan organik
  • Untuk membiayai kos jagaan dari pembantu rumah (maid) terutama untuk pesakit strok
  • Untuk menanggung kos perbelanjaan sekiranya pesakit terpaksa berhenti kerja atau memohon cuti sakit.
Untuk pengetahuan anda 1 stasistik mengatakan 1 daripada 4 rakyat Malaysia dijangka akan didiagnosis dengan penyakit kanser didalam kehidupannya. Sekurang-sekurangnya 3 kanak-kanak telah didiagnosis dengan kanser setiap hari di Malaysia dan 6 rakyat Malaysia menderita dengan penyakit strok setiap jam tidak terlepas juga 1 daripada 6 wanita dijangka didiagnosis dengan kanser payudara.


3. Kad kemasukan hospital pula berfungsi untuk menaggung perbelanjaan kemasukan hospital seperti:
  • Bilik dan penginapan hospital (room and board)
  • Bekalan dan khidmat hospital
  • Bayaran pembedahan
  • Rundingan pakar sebelum kemasukan hospital (tidak termasuk ubat, tempoh 60 hari sebelum kemasukan)
  • Rawatan selepas kemasukan hospital (tempoh 90 hari selepas kemasukan)
4. Manfaat kemalangan bertujuan memberi manfaat seperti:
  • Kematian/  kecacatan yang disebabkan oleh kemalangan
  • Bil rawatan dari hospital atau klinik akibat daripada suatu kemalangan
  • Pampasan untuk kehilangan bahagian tertentu anggota badan seperti jari, tangan, mata dan sebagainya
  • Pampasan akibat cuti sakit (minima cuti sakit 1 minggu keatas)

Jika kita sanggup menghabiskan ribuan RINGGIT untuk menaiktarafkan kehidupan dari segi rumah, kenderaan dan gaya hidup bagaimana pula dengan perlindungan TAKAFUL? Adakah anda sudah dinaiktaraf?

Nasihat saya lakukanlah satu perancangan sebelumt erlambat. Adakah anda masih ingat kisah Puan Azean yang berlaku pada tahun 2007 lalu. Ada yang sanggup meminta derma daripada orang awam tetapi persoalan saya bolehkan anda bergantung kepada belas ikhsan orang ramai? Jika kita lihat segolongan ini sanggup menjual harta untuk menampung kos rawatan . Pernahkah anda terfikir relakah anda menjual harta yang anda miliki hasil titik peluh anda hilang begitu sahaja?

Setiap manusia ada tanggungjawab mereka iaitu tanggujawab terhadap diri sendiri. Pada kebiasaannya mereka berkata "saya seorang yang bertanggungjawab"tetapi malangnya tidak 100% mereka bertanggungjawab kerana kebiasaanya mereka hanya bertanggungjawab kepada keluarga tetapi tidak bagi diri mereka.
sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment