Dalam kehidupan harian kita, memang terdapat banyak risiko yang wujud. Jenis-jenis risiko yang bisanya wujud dikalangan kita ialah:
1. Liabiliti/ Hutang yang Tinggi
(a) Pinjaman- sememangnya satu perkara yang biasa dilakukan oleh rakyat di negara kita. Contoh pinjaman yang dimaksudkan ialah:
- Pinjaman Kereta
- Pinjaman Rumah
- Pinjaman peribadi
- Pinjaman Bisnes
- Pinjaman Pelaburan
Akibat daripada pinjaman tersebut, maka seseorang itu secara tidak langsung telah mempunyai liabiliti yang sangat tinggi dan mengambil masa yang panjang sehingga 30 tahun untuk membayar ansuran pinjaman mereka tersebut.
(b) Penggunaa Kad Kredit yang tidak terkawal- penyalahgunaan ini adalah berpunca daripada kekurangan perbelanjaan dan kesedaran tentang bahayanya menyalahgunakan Kad Kredit.
2. Tiada Duit Simpanan Kecemasan- ini berpunca dari sebab-sebab berikut:
- Mengamalkan formula yang tidak betul dalam perbelanjaan keluarga.
- Komitmen keluarga yang terlalu tinggi.
3. Tiada Pendapatan Pasif- mereka mesti terus bekerja setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun untuk menjana pendapatan kerena perbelanjaan mereka 100% bergantung kepada pendapatan aktif mereka sahaja.
4. Pekerjaan Yang Berisiko Tinggi- ramai orang Malaysia juga terlibat dalam pekerjaan yang berisiko tinggi seperti kerja di sektor pembangunan, kerja di pelantar minyak(offshore oil rig) dan sebagainya.
Sekiranya bencana berlaku seperti kes kematian berlaku dengan tiba-tiba, apa akan terjadi kepada golongan mereka yang ada banyak liabiliti, tiada duit simpanan kecemasan kecemasan dan tidak ada sebarang pendapatan pasif yang lain??
Pernahkan anda mendengar PENILAIAN ASET dan LIABILITI??
Pernilaian ini adalah salah satu penilaian yang amat penting dalam pengurusan risiko dan penilaian ini bertujuan untuk mencapai beberapa matlamat utama iaitu:
1. Memahami kedudukan kewangan sada positif atau negatif
- Kedudukan positif- Aset melebihi liabiliti. Ini satu kedudukan kewangan yang sihat
- Kedudukan negatif- Liabiliti melebihi aset. Kedudukan kewangan ini tidak sihat dan boleh disifatkan satu keadaan berisiko tinggi.
2. Memahami kedudukan liabiliti samada ditahap:
- Tahap Liabiliti Rendah
- Tahap Liabiliti Sederhana
- Tahap Liabiliti Tinggi
3. Memahami kedudukan tabung kecemasan dalam bentuk tunai
- Bank
- ASB
- Unit Trust
- Saham
- KWSP
- Nilai tunai polisi takaful dan sebagainya
Nasihat saya, lakukakun penilaian ini untuk melindungi anda daripada terdedah pada risiko. Pernahkah anda terfikir jika malaikat maut menjemput anda semalam? Pernahkah anda terfikir jika penyakit kritikal berlaku pada anda? Sudahkah anda telah mempunyai perancangan untuk mengharunggi bencana ataupun musibah berlaku pada anda? Penilaian aset dan liabiliti seharusnya dilakukan supaya seseorang atau keluarga tidak terjerumus ke dalam krisis kewangan akibat dari satu bencana. Lakukanlah sebelum terlambat jika tidak ada guna seperti "nasi telah menjadi bubur"
Sekian Terima Kasih
No comments:
Post a Comment