Tidak dinafikan ramai dikalangan kita mempunyai hutang dan fenomena ni tidaklah satu perkara yang luar biasa. Persoalannya adakah si peminjam mampu membayar hutang-hutangnya? Tiada makhluk dimuka bumi ini yang tahu bila AJALnya.
Jika seorang itu digelar sebagai ketua keluarga semestinya kita faham seseorang itu mempunyai anak-anak dan isteri. Jika seorang ketua keluarga itu tidak mampu untuk memanggung keluarganya disebabkan masalah kewanggan semestinya mereka memilih jalan mudah iaitu MEMINJAM ataupun perkataan yang kebiasaannya kita dengar ialah BERHUTANG.
Saya yakin setiap manusia mempunyai impian mereka ini adalah perkara yang normal. Tetapi jika kita terlalu mengikut hawa nafsu untuk berbelanja dan sanggup BERHUTANG untuk memiliki sesuatu itu. Tindakan ini tidak mustahil membawa kita tergurumus dalam GOLONGAN YANG BERHUTANG.
Kematian pasti berlaku suatu hari, cuma kita tidak tahu masanya kerana ALLAH telah bersabda setiap yang bernyawa dimuka bumi ini akan merasai mati. Tetapi ALLAH tidak memberi bawa bila ajai kita dengan itu kita perlu bersiap sedia jika sebagai ketua keluarga kita perlu fikir apa akan terjadi pada mereka jika ketiadaan kita suatu hari nanti??
Jika malaikat maut menjemput anda semalam apakah yang anda tinggalkan kepada keluarga anda ASET ataupun LIABILITI / HUTANG ?? Jika anda menggalkan hutang adakah anda terfikir bagaimana mereka ingin membayar segala hutang-hutang yang anda tinggalkan.
Pernahkah anda terfikir jika keluarga anda akan hilang rumah, kereta dan sebagainya kerana tidak mampu membayarnya tambahan pula mereka diisytihakan muflis. Terpaksa membina pondok kecil dijadikan sebagai rumah untuk bertuduh hujan dan panas. Mahukah anda melihat keluarga anda merana disebabkan anda?? Adakah mereka menggingati anda disebabkan aset yang anda tinggalkan ataupun hutang yang membebankan mereka. Adakah ini semua salah mereka?? Bukankah dalam al-quran tertulis seorang
ketua keluarga perlu meniggalkan nafkah sekurang-kurangnya setahun untuk keluarganya jika ketidaannya.
Nasihat saya, bagi seorang ketua keluarga perlulah bertanggunjawab kepada diri sendiri dan keluarga anda. Mahukah kemasukkan anda kedalam syurga tersekat disebabkan ketidaktanggungjawab anda terhadap keluarga anda? Ingatlah bahawa kita dibumi ini hanyalah sementara sahaja buatlah pekara yang baik dan tidak menghalang jalan ke syurga.
SEKIAN TERIMA KASIH
No comments:
Post a Comment