Salam,
Tidak dapat dinafikan golongan graduan dan lepasan spm masih muda dan pada kebiasaannya mereka mempunyai tubuh badan yang sihat. Pada kebiasaannya golongan ini merasakan mereka bebas dan tiada tanggungjawab kerana mereka tidak berkahwin lagi tetapi fikiran ini adalah salah sebenarnya.
Pada kebiasaannya graduan-graduan ini memasukki zaman pekerjaan mereka akan memiliki sebuah kereta sebagai kenderaan mereka ke tempat kerja. Pernahkah mereka sedar jika mereka memiliki sebuah kereta mereka secara tidak langsung mempunyai 2 hutang pada usia yang muda.
- Hutang PTPTN
- Hutang ansuran KERETA

Pernahkah anda terfikir jika musibah penyakit kritikal yang memerlukan kos rawatan yang banyak berlaku pada anda?? Daripada manakah anda ingin memperoleh wang yang banyak dan cepat?? Jika musibah kemalangan berlaku kepada anda apa akan terjadi kepada hutang-hutang anda?? Patutkah anda meniggalkan hutang-hutang kepada ibu bapa yang telah tua?? Pernahkah anda terfikir bagaimanakah mereka ingin membayar hutang anda sedangkan mereka sudah tidak bekerja lagi?? Cuba anda bayangkan ibu bapa anda menggunakan wang pesaraan mereka untuk membayar hutang anda apa yang tinggal untuk mereka
teruskan hidup setelah wang pesaraan mereka telah habis digunakan??
Adakah anda tahu bahawa produk takaful memainkan peranan yang amat penting?? Segala risiko yang dihadapi oleh setiap orang seharusnya mempunyai cara penyelesaian. Untuk mengurangkan risiko ke satu tahap yang paling minima atau mengagih keluar semua risiko, perkara yang paling penting ialah menubuhkan satu tabung kecemasan atau perlindungan.
Dalam soal ini produk takaful memang merupakan cara yang paling baik kerana ia adalah cara yang:
- Paling CEPAT
- Paling MUDAH
- Paling MURAH
Antara kebaikan-kebaikan mencarum polisi takaful pada usia muda ialah:
- Caruman yang rendah kerana nilai caruman akan naik mengikut umur
- Tabung perlindungan yang lebih besar walaupun dengan caruman yang rendah
- Mudah layak memohon kerana keadaan kesihatan yang lebih baik pada umur yang muda (kebiasaannya)
- Tidak perlu mencarum selepas bersara
- Tidak perlu menjalani pemeriksaan doktor berbanding dengan orang yang berumur tinggi.

Lakukan sesuatu sebelum terlambat kerana polisi takaful diibaratkan "jika anda tidak memerlukannya anda harus memilikinya dan jika anda memerlukannya anda tidak dapat memilikinya". Maksudnya jika anda mempunyai masalah kesihatan anda tidak dapat memiliki polisi takaful jadi milikilah sewaktu anda sihat.
LIHATLAH VIDEO INI
SEKIAN TERIMA KASIH
No comments:
Post a Comment