Wednesday, 13 August 2014

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Co-Takaful?

Assalamualaikum,

Dalam manfaat kad perubatan, satu syarat yang paling utama ialah berkenaan co-takaful. Co-takaful bererti pemilik polisi mesti membayar sebahagian daripada bil hospital.

Contah claim:
Salah satu sistem yang dipraktikan ialah seperti berikut:
  • Pemilik polisi mesti membayar 10% daripada bil atau maksima RM500 (mengikut mana yang lebih rendah)
Contah: Bilik & penginapan dalam polisi = RM150/ sehari
             Pemilik polisi duduk dibilik hospital yang berharga RM130/ hari (memenuhi syarat)
Bil hospital = RM104,856.90 (10%) = RM10,485.69 atau RM500 ? Pemilik polisi harus bayar RM500
Bil hospital =     RM4,000      (10%) =      RM400      atau RM500 ? Pemilik polisi harus bayar RM400

  • Pemilik polisi mesti membayar 20% daripada bil (untuk pelan dengan bilik RM100/ sehari)
Ini akan terjadi sekiranya pemilik polisi menduduki bilik yang melebihi bilik & penginapan dalam polisi.
Contoh: Bilik & penginapan dalam polisi = RM150/ sehari
             Pemilik polisi duduk dibilik hospital yang berharga RM200/ sehari
Bil hospital = RM104,856.90 (20%) = RM20,971.38 (pemilik polisi terpaksa membayar RM20,971.38)
Bil hospital =    RM20,000     (20%) =     RM4,000    (pemilik polisi terpaksa membayar RM4,000)

  • Pemilik polisi mesti membayar 20% daripada bil atau maksima RM3,000 (mengikut mana yang lebih rendah untuk pelan dengan bilik RM200/ sehari keatas)
Contoh: Bilik & penginapan dalam polisi = RM200
             Pemilik polisi duduk dibilik yang berharga RM300/ sehari
Bil hospital = RM104,856.90 (20%) = RM20,971.38 (pemilik polisi harus membayar RM3,000)
Bil hospital =    RM10,000     (20%) =     RM2,000    (pemilik polisi harus membayar RM2,000)

Kesimplannya, lebih selamat jika anda duduk pelan bilik yang berada didalam polisi supaya tidak dikenakan 20% co-takaful melainkan pelan yang anda miliki pelan RM200/ sehari dan keatas walaupun pelan tersebut mempunyai co-takaful tetapi pelan tersebut mempunyai had maksima yang anda perlu bayar ini tidak sebeban seperti golongan yang memiliki pelan RM150/ sehari kerana mreka tiada had untuk membayar dan terpaksa membayar 20% daripada bil hospital mereka. Ini semamangnya akan membebankan anda jadi pentingnya anda tahu pelan bilik & penginapan anda.
SEKIAN TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment