Monday, 25 August 2014

Kepentingan Tabung Pendidikan


Salam,

Tabung pendidikan adalah satu lagi agenda penting dalam kehidupan kita, memberi pendidikan yang baik dan secukupnya amatlah penting untuk masa depan anak-anak kita. Ilmu dan kesedaran membuat perancangan untuk pendidikan anak-anak adalah sangat penting.

Untuk mengelakkan diri daripada menghadapi perkara-perkara yang kurang baik iaitu:

  • Anak-anak tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti kerana ibubapa tidak menabung tabung pendidikan untuk mereka. Tiada pendidikan yang mencukupi bermaksud anak-anak akan ketinggalan ilmu dan ini akan mengurangkan daya persaingan mereka.
  • Ibubapa terpaksa mengambil pinjaman samaada dari bank atau PTPTN untuk menanggung kos pelajaran anak-anak mereka. Pinjaman ini akhirnya terpaksa ditanggung oleh anak-anak selepas tamat pengajian. Ini bermaksud mereka suda mempunyai hutang/liabiliti yang tinggi sebaik sahaja tamat pengajian dan mendapat kerja gajinya yang rendah, ini sememangnya menadi satu beban bagi mereka.
  • Ibubapa terpaksa menggunakan tabung KWSP mereka untuk menanggung kos pendidikan anak-anak mereka dan menyebabkan golongan ibubapa tidak mempunyai tabung pesaraan yang mencukupi untuk bersara.



Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, setiap ibubapa digalakan menabung untuk pendidikan anak-anak mereka.

Ibubapa juga dinasihatkan jangan terlalu bergantung kepada biasisiwa kerana:

  • Tawaran biasiswa adalah terhad
  • Persaingan yang sengit antara satu sama lain (biasiswa untuk pelajar yang sangat cemerlang)
Setiap ibubapa seharusnya merancang tabung pendidikan anak mereka sebaik sahaja mereka dilahirkan kerana menabung tabung pendidikan untuk anak semasa mereka dalam usia yang muda mempunyai banyak kelebihannya iaitu:
.
1)  MASA YANG LEBIH PANJANG UNTUK MENABUNG. Masa adalah faktor penting dalam perancangan kewangan kerana masa yang lebih panjang membolehkan seseorang menabung lebih dan kesan compond interest akan menjana pulangan yang lebih banyak.

2)  MEMPUNYAI MASA YANG PANJANG MEMBOLEHKAN SESEORANG TIDAK PERLU MEMBUAT KOMITMEN MENABUNG YANG TERLALU TINGGI.
contohnya: Sekiranya seseorang target untuk mengumpul RM50.000
                 -Jika beliau ada masa 18 tahun (216 bulan), maka komitmen beliau setiap bulan = RM 231.20
                 -Jika beliau ada masa 10 tahun (120 bulan), maka komitmen beliau setiap bulan = RM 416.70

Nasihat saya, ada dua cara untuk menabung iaitu secara terpaksa ataupun dengan sendiri. Menabung secara terpaksa yang saya maksudkan ialah melalui mencarum satu polisi takaful. Manakala menabung dengan sendiri ialah anda menggunakan formula menabung iaitu PENDAPATAN - SIMPANAN = PERBELANJAAN. 

Tetapi satu persoalannya adakah anda boleh mengamalkan formula ini jika anda tidak pernah lakukan dalam hidup anda??

Bagi saya dengan memiliki satu polisi takaful kita dapat menabung dengan kosisten dan secara tidak langsung mendisiplinkan kita untuk mabung di dalam polisi takaful. Sambil kita menabung kita juga mendapat manfaat kematian dan kecacatan kekal. Bukankah ini satu kebaikan kepada pemilik polisi takaful??

Jika anda ibubapa yang bertanggungjawab inginkah anda melihat masalah kewangan menjadi halangan anak anda untuk melanjutkan pelajaran?? Jika anak anda memperoleh keputusan SPM yang cemerlang mahukah anak sia-siakan kebijaksanaan anak anda?? Jika anak anda memohon PTPTN dan mereka harus membayar sendiri selepas tamat pengajian mereka??? Bukankah iannya satu beban kepada mereka???

Buat pengetahuan anda, cara yang paling cepat, mudah dan murah untuk menubuhkan tabung yang besar melalui TAKAFUL.




SEKIAN TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment