Tuesday, 12 August 2014

Kepentingan Kad Perubatan

Salam,

Pengurusan risiko harus dilakukan dalam sesebuah keluarga sekiranya bencana berlaku seperti masalah kesihatan atau kemalangan dapat diatasi dengan mudah. Kad hospital adalah satu kad yang perlu dimiliki oleh setiap orang, namun ramai juga orang yang bekerja disyarikat yang ada manfaat insuran kelompok tidak merasakan ianya satu keperluan untuk mereka.

Mereka berpendapat bahawa skim insuran kelompok sudah mencukupi kerana mereka merasakan ianya satu pembaziran untuk memiliki kad hospital apabila sudah ada skim insuran kelompok. Ramai dari kita yang masih tertanya-tanya tentang kepentingan kad perubatan.

Adakah anda sedar bahawa kos rawatan semakin meningkat? Adakah anda mampu membayarnya? Pernahkah anda melihat kos rawatan melebihi RM40k?


Dalam satu polisi seharusnya mempunyai manfaat kad perubatan kerana manfaat kad perubatan sangat berguna jika seseorang itu dimasukkan kedalam hospital. Adakah anda tahu apakah kepentingan kad perubatan kepada kita??  Kad perubatan berperanan membayar bil hospital dan juga membayar bil untuk rawatan selanjutnya dalam tempoh 90 hari dari tarikh keluar hospital.

Adakah anda tahu masalah kesihatan yang serius perlukan perubatan & rawatan jangka panjang perlukan jumlah wang yang banyak.



Fenomena yang kebiasaan berlaku untuk mendapatkan wang rawatan ialah:
  • Simpanan sendiri
  • Pinjam rakan/ pinjaman bank
  • Meminta derma
  • Menjual aset
  • Menggunakan insuran kelompok
  • Mendapatkan rawatan di hospital kerajaan
  • Menggunakan kad kredit
1) Tetapi adakah anda mempunyai simpanan yang mencukupi?? RM50k atau RM100k atau lebih dari itu??
2)  Pernahkah anda terfikir adakah mudah untuk meminjam daripada rakan yang melibatkan puluhan ribu?? Jika meminjam dibank mampukah anda membayar semula.
3)  Sampai bila kita ingin bergantung pada belas kasihan orang ramai?? Berapa banyak boleh dapat daripada kutipan derma adakah mencukupi??
4)  Ramai dikalangan kita sanggup menjual aset untuk membayar kos rawatan hospital. Mahukah anda melihat aset-aset yang anda miliki dengan hasil titik peluh anda bekerja selama ini hilang sekelip mata.
5)  Jika seseorang itu mempunyai insurankelompok adakah limitnya mencukupi?? Pernahkan anda terfikir jika masalah penyakit ini datang selepas anda besara?? Semestinya pada masa itu anda tidak mempunyai insuran kelompok dan tidak dinafikan sesetengah syarikat memberi maanfaat insuran kelompok mereka secara berterusan tetapi berapakah limitnya??
6)  Untuk mendapatkan rawatan dihospital kerajaan prosesnya sangat lambat dan mahukah anda menunggu jika penyakit anda ditahap kritikal??
7)  Ramai pemilik kad kredit menyalahgunakan kad kredit mereka disebabkan bil hospital. Mereka tiada pilihan untuk mendapatkan wang dan mereka menggunakan kad kredit mereka dahulu. Buat pengetahuan anda ramai pemilik kad kredit telah diisytiharkan muflis disebabkan kes ini.

Nasihat saya kad perubatan sangat penting pada zaman ini kerana kos rawatan semakin meningkat mengikut infrasi dan semestinya kita tidak mampu untuk membayarnya. Lakukanlah satu tindakan yang baik untuk anda sementara anda sihat sebelum terlamat. Jika anda telah mendapat penyakit pada masa itu tiada juga untuk menyesal kerana nasi telah menjadi bubur.
SEKIAN TERIMA KASIH







No comments:

Post a Comment