Ramai dikalangan masyarakat kita melalui perjalanan
hidup yang hampir sama. Kebiasaannya seorang
remaja tamat persekolahan akan melanjutkan pelajaran dan memohon pinjaman
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN). Ini menunjukkan
perjalanan hidup mereka akan bermula dengan hutang yang banyak.
Mereka beranggapan jika mempunyai segulung
sijil akan menjamin hidup pada masa depan dan mereka yakin selepas tamat pengajian
mereka akan mendapat kerja yang setimpal dengan kelayakan mereka tetapi malangnya keadaan
adalah sebaliknya. Pada kebiasaannya
mereka akan mendapat kerja biasa setaraf dengan pelajar lepas Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).
Pada kebiasaannya, mereka akan membeli sebuah kereta dan membuatnya sebagai pengangkutan mereka
ketempat kerja. Ini sudah
semestinya menyebabkan mereka membuat pinjaman kereta kerana mereka tidak mampu untuk membeli secara tunai dengan kerja-kerja biasa dan gaji yang
rendah. Matlamat seterusnya ialah berumahtangga dan semestinya mereka ini tidak mempunyai kemampuan kerana kos untuk
menjalankan satu perkahwinan masa kini agak tinggi. Akibatnya mereka
memilih satu jalan dengan membuat pinjaman peribadi.
Selepas
berkahwin mereka cuba untuk
memiliki sebuah rumah dan sememangnya agak sukar bagi mereka untuk
memilikinya kerana harga sebuah
rumah sangat tinggi, contohnya
dikajang sebuah rumah adalah RM500k keatas. Jika lihat angka tersebut
maka amat jelas mereka tidak mampu dengan pendapatan yang sedikit
itu. Ini membuatkan mereka berdekad untuk membuat pinjaman perumahan.
Apabila mereka membuat pinjaman perumahan, maka mereka sekali lagi menambah
hutang mereka.
Selain
daripada itu, didapati ramai yang ingin menghias rumah mereka dengan perabot-
perabot cantik dan mereka membeli secara ansuran dan ini menyebabkan
hutang mereka semakin hari semakin
meningkat.
Ramai
dikalangan masyarakat kita
tidak sedar bahawa mereka mempunyai hutang yang banyak dan mereka tidak
terfikir jika musibah seperti kematian berlaku kepada mereka, apa akan
terjadi kepada hutang-hutang mereka.
Kepada
anda yang mempunyai banyak pinjaman dan hutang, pernahkah anda terfikir jika
anda meninggal semalam apa akan terjadi kepada keluarga anda? Adakah anda ingin
rumah anda dilelong atau kereta anda di tarik
balik? Mahukah anda melihat keluarga anda sengsara setelah pemergian anda?
Pernahkah
anda mendengar penilaian aset&liabiliti? Penilaian aset&liabiliti adalah satu penilaian yang boleh menolong
anda memahami:
1) kedudukan kewangan.
2) memahami kedudukan liabiliti.
3) memahami kedudukan tabung kecemasan dalam bentuk
tunai.
Ini membolehkan anda mengetahui tahap risiko anda dan seterusnya membuat perancangan untuk menandinginya.
Ramai yang telah mendapat faedah hasil
daripada penilaian ini. Kepada anda yang berminat hubungilah saya
untuk penilaian percuma ini
email: fatehshah234@yahoo.com
handfhone:0133648099
facebook: Shah Tkf
website: www.takafulakademi.com
No comments:
Post a Comment