Seperti yang anda semua tahu masyarakat sangat gerun dengan panggilan agen insurans ataupun agen takaful kerana mereka hanya berhasrat untuk menjual produk sahaja ini menyebabkan masyarakat masa kini tidak begitu selesa dengan agen takaful. Jika dibandingkan dengan konsultan pengurusan risiko sangatlah berbeza kerana mereka berfungsi sebagai penasihat dalam pengurusan risiko.
Pada kebiasaannya agen takaful akan menumpukan hasil jualan produk daripada keperluan pelanggan. Ini kerena mereka hanya diajar untuk menjual produk. Sebagai konsultan pengurusan risiko mereka akan memberikan informasi dan kesedaran kepada pelanggan mereka tentang risiko yang dimiliki. Supaya pelanggan mereka akan mempunyai kesedaran untuk melindungi diri mereka. Pelbagai cara seorang konsultan memberi informasi kepada pelangan mereka contohnya email,video dan sebagainya.
Dengan mengunakan cara yang agresif untuk mendapatkan pelanggan membuatkan masyarakat zaman ini tidak selesa dan membuat mereka enggan membenarkan seorang agen takaful membuat satu temujanji dengan mereka kerana jika mereka menghadiri temujanji itu sudah semestinya mereka terpaksa membeli satu produk walaupun pelanggan itu tidak memerlukan produk tersebut. Bagi seorang konsultan pengurusan risiko mereka akan membuat temujanji dan menawarkan penilaian risiko secara percuma. Ini membuat pelanggan ingin tahu apakah yang dimaksudkan penilaian risiko tersebut. Kebiasaannya mereka akan membenarkan konsultan tersebut berjumpa dengan mereka. Semasa penilaian tersebut konsultan tidak menyebut tentang produk takaful dan ini membuatkan pelanggan tersebut lebih selesa atas kedatangan konsultan itu.
Seorang agen takaful tidak mempunyai kepakaran dalam pengurusan risiko dan ini akan membuat pelanggan tidak ini berjumapa dengan agen takaful kerana mereka melihat semua agen takaful adalah sama matlamat mereka hanya menjual produk. Jika mereka mendapat panggilan daripada konsultan pengurusan risiko berkemungkinan mereka ini berjumpa dengan konsultan tersebut kerana mereka ingin tahu apakah yang dimaksudkan konsultan pengurusan risko. Mereka sememangnya tahu jika seorang konsultan itu mesti mempunyai kepakaran mereka. Seorang konsultan menghadiri temujanji sememangnya mereka menunjukkan kepakaran mereka dalam pengurusan risiko dan ini membuat seorang pelanggan tidak gerun jika mendapat panggilan daripada konsultan pengurusan risiko.
Pada zaman ini terdapat banyak agen daripada pelbagai syarikat dan ini menunjukkan daya sainggan sangat tinggi membuatkan mereka sanggup memburukan produk syarikat lain untuk mendapatkan pelanggan.Yang amat ketara sikap agen yang gemar mengagungkan produk mereka. Ayat mereka yang selalu kita dengari "belilah encik produk dari syarikat saya bagus.produk yang encik ada itu tidak lengkap dan tak bagus.matikan sahajalah polisi encik itu lagipun polisi encik dah lama". Jika seorang konsultan pengurusan risiko mereka hanya akan membantu pelanggan mereka mencari penyelesaian masalah ataupun risiko pelanggan mereka supaya pelanggan tersebut dapat meringankan beban mereka.
Nasihat saya janganlah anda gerun jika mendapat panggilan daripada konsultan pengurusan risiko kerana mereka bukan juru-jual yang ingin menjual sesebuah produk. Mereka mempunyai satu penilaian yang unik dan sangat berguna untuk anda. Jika anda mendapat panggilan daipada konsultan pengurusan risiko terutamanya dari TKF ACADEMY seharusnya anda membenarkan mereka berjumpa dengan anda kerana semasa penilaian risiko dijalankan tiada perbicangan produk takaful melainkan jika ada keperluan.
Sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment