Pesaraan adalah perkara yang tetap akan dialami oleh setiap manusia. Ini adalah sebab mengapa perancangan untuk pesaraan adalah satu tindakan yang amat penting. Selain dari menabung untuk tabung pendidikan, setiap orang harus menabung untuk tabung pesaraan, oleh itu pendapatan kita dapati hari ini adalah untuk menjaga 2 orang iaitu:
- Kita sekarang
- Kita semasa pesaraan
Walaupun demikian, ramai yang masih mempunyai kesedaran yang amat rendah tentang pesaraan dan ini menyebabkan mereka langsung tidak membuat sebarang perancangan.
Fenomena yang berlaku kepada majoriti masyarakat kita berkenaan dengan pesaraan ialah:
- Tidak mempunyai kesedaran
- Tidak mempunyai kefahaman
- Tidak membuat sebarang perancangan

Masalah yang berlaku di kalangan masyarakat kita berkenaan dengan pesaraan ialah:
- Tidak mempunyai kesedaran dan urgensi untuk menabung pesaraan
- Tidak ada disiplin untuk menabung dalam bank, ASB, tabung haji dan sebagainya
- Tidak menyedari bahawa KWSP sudah tidak lagi mencukupi
- Tidak memahami bahawa konsep simpanan yang berasakan sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
- Tidak memahami bahawa kebolehan menyimpan adalah bukan sahaja bergantung berapa yang seseorang itu sanggup menyimpan
- Tidak memahami konsep simpan dahulu, belanja kemudian.
Mengapa orang Malaysia lebih rela membelanjakan duit yang banyak untuk kereta tetapi tidak memberi keutamaan menabung untuk pesaraan?? Cuba anda bayangkan jika anda telah besara semestinya anda tiada income pernahkah anda fikir bagaimanakah anda ingin menerusikan hidup?? Rancanglah kewangan anda sebelum terlambat.
SEKIAN TERIMA KASIH